Jumaat, 12 Februari 2016

Posted by SK. SUNGAI PERAH |







Syukur..majlis Hari Penetapan Target Tahun 6 2016 telah berlansung dengan jayanya. Majlis yang diadakan pada 4 Februari 2016 itu diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah , En. Zaudi b. Lebai Mat. Terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan penjaga ke program tersebut. Pihak sekolah mengharapkan kerjasama ini diteruskan demi kejayaan murid-murid SK Sungai Perah.


Ucapan Aluan Penyelaras Tahun 6 En. Mohd Safri b. Main

Ucapan Tuan Guru Besar, En. Mior Abdul Rahman b. Zubri

Ucapan Tuan PPD Perak Tengah , En. Zaudi b. Lebai Mat
 
Sesi bergambar dengan Tuan PPD Perak Tengah

Nor Asdila dan ibunya melihat target UPSR 2016

Penerangan tentang format baharu UPSR oleh Cik Yusrina bt Abd Aziz
  

Sabtu, 16 Januari 2016

Posted by SK. SUNGAI PERAH |

Selamat berjaya kepada En. Hamdan Sharuhil bin Mohd Nordin mantan GK HEM yang bertukar ke SK Teluk Kepayang. Terima kasih atas segala budi dan jasa beliau di SK Sungai Perah.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga


Posted by SK. SUNGAI PERAH |
Selamat datang kepada murid-murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2016
Tarikh : 28.12.2015


Ucapan aluan oleh Guru Besar SK Sungai Perah En. Mior Abdul Rahman b. Zubli


Jumaat, 14 November 2014

Posted by SK. SUNGAI PERAH |

Temasya Sukan Tahunan SKSP kali ke 26 telah berlangsung dengan jayanya. Kerjasama daripada ibu bapa dan penjaga murid dalam persiapan dan raptai sukan amat dihargai. Selain itu, jutaan penghargaan dan terima kasih kepada mahasiswa dan mahasiswi UUM yang telah membantu sebagai tenaga pelaksana  dan peserta  temasya sukan tahunan ini. TERIMA KASIH DAUN KELADI - BANTULAH KAMI DI LAIN KALI........Dari PIBG SK Sungai Perah



Selasa, 11 November 2014

Posted by SK. SUNGAI PERAH |






Posted by SK. SUNGAI PERAH |
Assalammualaikum,
Sekolah Kebangsaan Sungai Perah telah mengalami beberapa perubahan drastik pada tahun 2014.
Pertukaran guru-guru dengan kemasukan guru-guru baharu menggantikan guru-guru yang telah berpindah merupakan salah satu anjakan paradigma dimana perubahan ke arah melestarikan pendidikan ke mercu yang lebih tinggi seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Berikut antara guru baharu di SK Sungai Perah :

1) MOHAMMAD KAMARUL ARIF BIN ABDUL RAZAK (GURU ICT)
2) KHALIL BIN JALI (GURU RBT DAN KH)
3) AHMAD ZAHADI BIN SOPIAN (GURU LINUS NUMERASI)
4) NORHALINDA BT SULAIMAN (GURU KANAN KOKURIKULUM)

Ahad, 27 Januari 2013

Posted by SK. SUNGAI PERAH |